Thursday, 19 December 2013

KONSULTANSI DRPD DOKTOR PAKAR TENTANG KANSER TIROID ITU part 2

pagi ni 19 Disember 2013, Appointment dengan Doktor Pakar Endokrin lagi..Sebelum ni tak bawak husband sebab dia manyak sibuk...So hari ni en hubby dapat dengar daripada Doktor tentang perlunya buat RAWATAN SUSULAN ... en hubby naikkan isu RAWATAN ALTERNATIF dan daripada doktor pakar, kajian belum terbukti rawatan alternatif terutama perubatan traditional dapat menyembuhkan kanser tiroid...Wallahualam ...Sesungguhnya sakit itu datang dari Allah dan for sure ada ubat kepada setiap penyakit...

Kesembuhan Itu Hanya Datang dari Allah

Allah berfirman menceritakan kekasih-Nya, Ibrahim ‘alaihissalam,
وَ إِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِيْنِ
 “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku.” [QS Asy Syu’ara: 80]
Di surat Al An’am (ayat: 17), “Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Kesimpulannya, apa apa yang distandardkan oleh para Doktor itu adalah USAHA UNTUK MERAWAT dan yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT...
berbalik pada konsultansi, pada pukul 2 petang, saya berappointment dengan Pakar Bius..agak terpegun Doktor dengan saya sebab kali ni adalah pembedahan yang ke 7 .... Sebelum ini pembedahan termasuk
  1. 2005 - laparoskopi utk ovarian cyst
  2. 2005 - bowel surgery due to complication of laparoskopi (3 weeks after the 1st surgery)
  3. 2008 - C-section
  4. 2009 - 2nd C-section
  5. 2011 - last c-Section
  6. 2013 - thyrodectomy (left side)
  7. 30 Disember 2013 - tyrodectomy (right side)
Last appointment with pakar ENT..check up peti suara dan saluran tekak supaya semuanya stabil untuk proses pembedahan akan datang......

ok tunggu saya nya new story sebelum pembedahan pada 30 Disember 2013 nantiiiiiiii...to be continued

KONSULTANSI DRPD DOKTOR PAKAR TENTANG KANSER TIROID ITU part 1

17 Disember adalah tarikh appointment pertama saya dengan Doktor Pakar Kanser bahagian Endokrin di Hospital Putrajaya..surat refer dr Asia Columbia Hospital (tiada pakar kanser tiroid di situ) adalah seperti pic dibawah


So bermula la siri appointment bersama pakar kanser endokrin ..Hospital Putrajaya adalah ONE STOP CENTRE (PUSAT SETEMPAT) KES KES KANSER termasuk kes saya...Memang di situ berkumpulnnya The Best Doktor Pakar in Malaysia TERUTAMA PAKAR KANSER TYROID..

                                          penuh ngan pesakit2 kanser di Hospital Putrajaya

First time jumpa Doktor Hana Pakar kanser payudara dan Tiroid...dia dok baca aku punya result lab


waktu  ni aku cakap SAYA DTG SINI MAU SECOND OPINION SAHAJA....saya memang berniat tidak mahu buat rawatan susulan sebab dok percaya dengan RAWATAN ALTERNATIF..mula2 doktor ni dok terang la yg kanser yg aku hidapi tu adalah KANSER BAIK ..pertumbuhan amat perlahan tapi disebabkan diameter atau saiz yang lebih drpd 1cm ukuran tumor//cancer tu, MAKA AKU DINASIHATKAN BUAT 2ND SURGERI (buang kesemua kalenjar tiroid disebelah kanan) dan kemudian perlu buat rawatan RADIOACTIVE IODINTHERAPHY..

tiba2 aku menangis tapi cover line sampai aku keluar dari bilik doktor dan terus cari tempat atau lorong yang sunyi drpd manusia...TERESAK2 MENANGIS...tak tau datang dr mana plak perasaan sedih, takut...Abis melalak , lap2 ayak mata, aku kembali ke bilik doktor dan tetapkan tarikh pembedaan dan appointment dgn Doktor pakar bius dan Pakar ENT...

papillary thyroid carcinoma CANCER and what is Tyroid?

Selamat pagi cikgu...Selamat pagi murid murid (cam citer upin ipin plak)...hahaha..Baik lah murid2 suma, hari ni kita nak belajar tentang TYROID dan KANSER TYROID...

1. jom tgk pic kalenjar thyroid bak kata doktor macam RAMA RAMA  kat tengkuk kita..tyroid akan merembeskan hormon tyroid yg amat penting dalam tubuh badan

kat wikipedia : Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialahThyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.


2. pic menunjukkan ada tumor atau kanser thyroid


3. pic menunjukkan JENIS2 KANSER TYROID..saya punya kanser yg papillary tu laaaaaaaaaaaa

4. pic menunjukkan SIAPA YG BERISIKO kena kanser tiroid

Untuk pengetahuan semua pembaca, Dalam sejarah penyakit tiroid dikalangan keluarga saya boleh dikatakan ramai (lebih daripada satu orang), Terutama arwah ibu saudara saya ada menghidap KANSER TIROID yang aggresif....Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 yang solehah insha Allah...aaamiin..Al Fatihah buat Mak Long Talhah..



PAST AND PRESENT part 3 INTERMISSION......


28 November 2013 admit ward pagi pagi buta selepas suboh....pasang drip, makan ubat tido dan tahan sakit ...dalam kul 11 pagi masuk OT operation teater...say hai hai bai bai kat doktor bius suma dapat oksigen terus innalillah...mati sementara (jgn tanya aku macamana doktor buat) sebab aku tak sedar 100%..bius penuh...apa kata sains tu GA...tanya Amal Munirah la senang...

sedar sedar dah ada kat ward...someone calling me "Sitiiiii Sitiiiiii, ni kak Pam ni datang"...aku bukak mata stengah nampak bayang jer then aku tutup balik ...innalillahhh...hahahahahha..Anyway thanks KAK PAM dan maybe  ada 2 org lagi ngan kak PAM  kot..tak ingat...

petangggg skit lepas sedar rasa benda cocok2 kat tekak rupanya ada wire berselirat untuk buang sisa2 darah selepas pembedahan...So aku diarakan minum ayak masak..disebabkan ada lagi ubat bius dlm badan, So dalam beberapa jam aku akan muntah muntah sampai malam yang pertama...Seksa idup masa nih huhu...

Esoknya 29 November da boleh balik rumah...YAEEEEEEE ALHAMDULILLAH..


tu diaaaaaaa cost pembedahan bagai...ambikkkkkkk...AKU TAK KAYA tapi alhamdulillah cover insurans daripada pihak company en Husband...bukan hubby nya company tapi dia kerja di dalam itu syarikat lah...rejeki Allah...Allah bg sakit at the same time bagi rejeki kan....

Seminggu lepas tu pi follow up..JENG JENG JENGGGGGGG



DR AFIQ ALVIN telah kabarkan berita paling tergempar dimana SAYA DISAHKAN MENGHIDAP 

PAPILLARY THYROID CARCINOMA CANCER......nak kata terkejut tak..tgk muka en hubby pun tgk relax jo...Sesungguhnya saya 100% TIDAK PERCAYA...tidakkkkkkkkkkkkkkk tidakkkkkkkkkkkkk...tapi takde la nak nangis nangis ...aku pun tak baper nak tau menatang haper ka itu ...So...aku dengar tak dengar ap ke benda yg Dr Afiq cakap..nampak mulut dia jer bergerak2....aku dah masuk alam bunian kot masa tu....

Balik umah macam biasa relaxxxxxx..........

MENATANG APAKAH PAPILLARY TYROID CARCINOMA itew? tungguuuuuuuuuu next bedtime story..


PAST AND PRESENT part 2

Setahun sudah berlaluuuuu Februari muncul kembaaaliii dengan kehangatannn semalammmm..tetiba nyanyi lagu Allycat...takde kena mengena dalam ini citer daaaaa....tapi ada kena mengena dengan 3 perkataan paling awal...SETAHUN SUDAH BERLALU....benjol di tengkuk saya tu makin membesar setahun selepas diagnos di Asia Columbia Hospital Puchong...terutama bila saya telan ayak liur...makin nyata..tapi sempat merayap, merempit dengan en hubby ke Thailand...sat mau kasi bukti kukuh ..pic di bawah tahun 2012 pi Phuket dan Krabi serta Hatyai Thailand utk 5 hari ...perghhh..cenggini hah


cer tengok betul2 ada macam muka orang sakit kanser tak? ada tak? haaaaaaaaaaaaaaaaaaa ..yang ni first ride ke Thailand...ada lagi bukti kukuh aku tak sakit...pic dibawah awal tahun 2013 ke Koh Sa Mui Thailand...Nampak tak benjol kat tengkuk belah kiri itew? makin besau...

                                           
Nak citer nya..disebabkan TIADA RASA SAKIT LANGSUNG atau demam demam ker hape ker..So saya tak berapa ambil serius sangat tentang ini benjol...cuma tak bape nak cantik jer la kan..yer lahhh bila laki aku pandang tang benjol tu, malu gak rasanya...jatuh air muka lah kata orang...tak comel...

So, dengan nekad aku terus proceed BUKAK KES semula tentang bengkak Tiroid ini di Asia Columbia Hospital Puchong......berjumpa dengan Surgeon yg sama, Dr Afiq Alvin...dapat lah aku tarikh pembedahan seperti yang di bawah.........


PAST AND PRESENT part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Saya masih dlm kesihatan yg ideal lagi...maksud saya di lihat dari fizikal ni macam tiada apa apa penyakit..dan sememangnya kanser masakini tidak mengenal siapa walaupun doktor sekalipun...

Saya ingin bg bedtime story kat suma..agak horror la skit kan..harap semua tak mengigau malam nanti..

Pada zaman dahulu, heheheheh tahun 2009 saya lahirkan anak ke 2 pada august. Then lepas tu start terasa something pada tengkuk sebelah kiri..nampak macam benjol tapi saya tak hiraukan sbb tidak rasa sakit pun...

Tahun 2010 baru perasaan benjol makin besar..pic di bawah menunjukkan ada benjolan di sebelah kiri tengkuk..nampak tak nampak tak? eeheheehe


So, saya selalu follow up di Klinik Hafiz Putra Perdana termasuk buat bloodtest setiap 3 bulan..Nak jadikan citer best, saya termengandung anak no 3...Rezeki Allah yg bagi kan even unplanned pregnancy...(lepas gaduh besar ngan en hubby plak tu)



So, saya tidak dapat meneruskan rawatan bengkak tiroid tersebut sehinggalah saya selamat melahirkan anak ke 3 pada Disember 2011...

pada 2012, saya telah di follow up ke Asia Columbia Hospital Puchong untuk rawatan lanjut berkenaan bengkak tiroid itew..Maka di bawah Doktor Afiq Alvin, General Surgeon, diagnos untuk tiroid bermula...
  1. bloodtest - stabil
  2. hormon tiroid - stabil
  3. FNAC - fine-needle aspiration cytology
                                               Gambar hiasan semata2 (FNAC dilakukan)

No 3 di atas tu yg best sikit la kan....Dr akan gunakan jarum yang panjang, tanpa bius di cocok kat tengkuk yang ada benjolan itew dan di ambil sampel cecair ...macam ultra sound tapi kono cocok jarum...syarat masa jarum dicocok adalah tarik nafas dalam2 dan tahan...tahan sampai Dr pakar cabut itu jarum...SAKIT TAK? mmmmmmmmm  aaaaaaaa MACAM KENA GIGIT SOMUT  JO...ahahahaahaaha...sumpah tak sakit..heheheheheh

Selepas buat biopsi suma, maka terbukti yg memang ada ketulan di dalam kelenjar tiroid sebelah kiri dan perlu dibedah untuk membuang ketulan...SEMUA DIAGNOS DI ATAS TIDAK MEMBUKTIKAN SAYA MENGIDAP KANSER K....

So, saya mengambil keputtusan untuk mendapatkan RAWATAN ALTERNATIF dulu...konon nak makan minyak kelapa dara la kelapa tak dara lah...jumpa doktor perubatan tradisional lah....SEHINGGA SETAHUN saya hold prosidur pembedahan ...Salah satu sebab lain, ANAK ANAK SAYA...masa tu yg no 3 baru setahun umurnya...

Wednesday, 18 December 2013

INTRO

Assalamualaikum dan salam sejahtera suma...Blog ini wujud atas keprihatinan saya sebagai tuan rumah cancer Tyroid yg baru dikesan pada awal bulan disember 2013...Secara totalnya dengan perbincangan antara saya dan pakar Endokrin, saya adalah salah seorang yg paling bertuah mendapat Cancer tyroid atas sebab genetik atau keturunan...Maksudnya keturunan tu bukan nak cari salah siapa tapi kehendak Allah SWT dan kenyataan ini saya akan hadapi dengan redha...Ada hikmah disebalik apa yang dikurniakan oleh Allah...Semoga BLOG ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh saudara mara saya terutama adik beradik anak2 saudara yang terdekat...serta sahabat handai yang mungkin memerlukan sedikit maklumat atau pengalaman daripada saya tentang kehidupan menjadi PESAKIT KANSER TYROID..insha Allah...